Monday 22 April 2019

PERSEDIAAN SEBELUM ANDA MELABUR


Tips ini saya kongsikan secara ringkas dalam e-book ini. Pengisiannya terlalu banyak untuk saya jelaskan. Ringkasnya, sebelum anda mengenalpasti perkaraperkara penting sebelum memulakan pelaburan, anda perlu mengenalpasti potensi diri anda sebelum anda melabur.

Sebelum ini, saya sudah berikan tujuan kebanyakan orang masuk dalam bidang pelaburan hartanah. Sebenarnya, banyak lagi tujuan bergantung kepada diri anda sendiri.
Sekarang, saya akan kongsikan tips untuk anda mengenalpasti potensi diri anda.

Adakah anda betulbetul sudah bersedia untuk menceburkan diri dalam bidang pelaburan hartanah?



SEBELUM MENJADI SEORANG PELABUR HARTANAH, ANDA PERLU LIHAT PERKARA YANG BERIKUT:


Tanya pada diri anda sendiri.

Apakah niat anda untuk menjadi pelabur hartanah? Adakah anda mahu mencari pendapatan sampingan, tiada pekerjaan lain, minat anda yang mendalam bidang hartanah atau anda terikut-ikut orang lain? Betulkan niat dan pendirian anda kerana inilah faktor yang menentukan kejayaan anda dalam bidang yang tinggi risiko ini.

Kemudian, tanya pula pada POKET anda. Tak cukup poket, lihat pula AKAUN BANK anda. Mampukah anda untuk melabur dalam hartanah yang anda pasti tahu risiko pulangannya? Pastikan pelaburan anda tidak menjerat leher anda sendiri.

Tak nak terjerat dengan skim yang bukan-bukan atau ajaran yang sesat? Carilah MENTOR yang boleh membimbing anda dalam pelaburan hartanah. Mentor pula mestilah pakar dalam selok-belok perniagaan ini Bukan mudah tau. Bayaran juga bukan murah-murah.

Ini perkara yang paling penting. Jika anda abaikan perkara ini, simpan saja hasrat untuk emnjadi pelabur hartanah. Silap hari bulan, anda hanya menjadi pelebur hartanah. Anda perlu menguruskan jadual peribadi dengan sistematik supaya tidak terlepas peluang untuk pelaburan.

SENARAI SEMAK:

SILA BUAT SEMAKAN POTENSI DIRI ANDA.

1. Niat Atau Nawaitu Anda Untuk Menjadi Pelabur Hartanah.
qAdakah anda sudah kenalpasti tujuan anda melakukan pelaburan?
qAdakah anda sudah bersedia untuk melaburkan wang anda dalam bidang ini?
qAdakah ini perniagaan sampingan atau perniagaan utama anda?

2. Kemampuan Kewangan
qAdakah anda mampu untuk membeli hartanah?
qAdakah anda memerlukan pinjaman kewangan?
qAdakah anda mempunyai komitmen kewangan yang banyak?
qAdakah ini objektif kewangan anda?

3. Cari Mentor
qAdakah ilmu pelaburan anda sudah mencukupi?
qAdakah anda tahu selok belok dunia hartanah?
qAdakah anda mahu dan bersedia untuk mencari mentor?
qAdakah anda rasa anda mampu menguruskan hartanah anda?
qAdakah anda rasa anda perlukan bimbingan?

4. Kemampuan Mengurus Jadual Peribadi
qAdakah anda mahu melabur sepenuh masa?
qAdakah anda mampu menguruskan jadual peribadi anda?

qAdakah anda mempunyai komitmen kerja yang banyak?


ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA?

JIKA SUDAH, PERSIAPKAN DIRI ANDA MENTAL DAN FIZIKAL UNTUK MENJADI PELABUR HARTANAH YANG BERJAYA!

No comments:

Post a Comment