Monday 22 April 2019

PEGANGAN HAK MILIK

8.1 PERBEZAAN PEGANGAN KEKAL DAN PEGANGAN BERPAJAKAN

FREEHOLD VS LEASEHOLD


8.2 PEGANGAN KEKAL  ATAU PEGANGAN PAJAKAN: MANA LEBIH BAGUS?

PEGANGAN KEKAL vs PEGANGAN PAJAKAN
Semuanya berkenaan dengan milikan hartanah tersebut. Jika anda mahu menjana pendapatan melalui sewaan atau jualan rumah, hak milikan memainkan peranan.
Jika untuk JUALAN, hartanah pegangan kekal berkemampuan untuk peningkatan nilai dalam masa panjang tetapi jika pegangan berpajakan, sekiranya baki pajakan 60 tahun ke bawah, nilainya berkemungkinan tidak berubah (stagnant). Tetapi, TIADA MASALAH sekiranya anda berniat untuk melabur dalam tempoh 5 – 10 tahun.
Proses jualan untuk hartanah berpajakan lebih lama kerana memerlukan pengesahan pihak berkuasa tempatan. Tiada masalah JIKA MAHU JUAL hartanah pegangan kekal.


Jika untuk SEWAAN pula, tiada masalah dan tiada kaitan langsung hak milikan dengan pasaran sewaan hartanah anda. Anda hanya perlukan memastikan lokasi dan kemudahan prasarana berhampiran hartanah anda sesuai untuk didiami oleh penyewa dan mempunyai nilai pasaran sewaan yang tinggi.


Dari sudut lain pula, pegangan berpajakan lebih bagus dalam kemudahan keselamatannya iaitu bangunan hartanah pegangan berpajakan seperti di Mutiara Damansara lebih mendapat permintaan daripada bangunan hartanah pegangan kekal. Begitu juga dengan rekaan dan prasarana yang sesuai dengan kehidupan moden masa kini membuatkan permintaan terhadap hartanah pegangan berpajakan lebih tinggi berbanding pegangan kekal yang banyak di kawasan pinggir bandar. Walau bagaimanapun, semuanya tergantung kepada kemahuan pembeli atau penyewa.


Sekiranya anda menghadapi kemusykilan untuk memilih hartanah pegangan kekal atau pegangan berpajakan, anda boleh mendapatkan rundingan dan nasihat daripada saya.

No comments:

Post a Comment