Monday 22 April 2019

CIRI – CIRI PEMILIKAN TANAH



10.1 KUOTA BUMIPUTERA (KB)



Melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB), Undangundang Lot Kuota Bumiputera diperkenalkan dengan tujuan meningkatkan peratusan penguasaan bumiputera dalam pemilikan hartanah sekurangkurangnya 30%.
Bermula tahun 1971, pemaju perlu memperuntukkan sekurangkurangnya 30% daripada keseluruhan unit hartanah untuk bumiputera.



10.2 LOT BUMIPUTERA (LB)

LB adalah unit ataupun tanah yang hanya boleh dimiliki ataupun dibeli oleh bumiputera sahaja. Ciri pemilikan ini bagus untuk pembeli jangka panjang kerana pembeli tidak berniat untuk menjual hartanah dalam tempoh masa yang singkat. Namun, pemilik yang ingin menjual hartanahnya terpaksa berhadapan dengan beberapa isu. Antara isu tersebut adalah:
a)Kekurangan permintaan terhadap hartanah kerana kekangan pasaran yang terhad kepada bumiputera sahaja.
b)Kenaikan harga yang perlahan berikutan marjin keuntungan yang minimum.
c)Halangan daripada Pejabat Tanah untuk menjual hartanah tersebut kepada bukan bumiputera.
Jika pemilik hartanah ingin menukar status dan menjual hartanah kepada bukan bumiputera, beberapa syarat perlu dipatuhi iaitu:
a)Memohon kebenaran untuk menukar status atas alasan yang kukuh (tiada permintaan terhadap lot tersebut untuk setahun sebelumnya) kepada Pejabat Tanah.
b)Rayuan kepada Pejabat Tanah sekiranya permohonan ditolak
c)Membayar semula kepada pemaju diskaun bumiputera daripada harga belian asal.
Pembeli juga perlu tahu bahawa unit Bumiputera yang telah dilepaskan tidak akan kekal sebagai unit bukan Bumiputera. Sekiranya pembeli ingin menjual kepada bukan Bumi, dia perlu memohon semula kebenaran itu di Pejabat Tanah.

10.3 DISKAUN BUMIPUTERA

Diskaun Bumiputera (DB) diberikan kepada orang Melayu tertakluk kepada diskaun 15% dari harga jualan asal untuk Tanah Lot Bumiputera. Peratus ini berbeza mengikut negeri.
Kebiasaannya, dalam proses pembinaan, pemaju akan menetapkan beberapa unit hartanah yang dibina sebagai Lot Bumiputera dan hanya akan dijual kepada Bumiputera. Kekurangan permintaan daripada Bumiputera menyebabkan pihak pemaju sukar mendapatkan pembeli dan pemaju akan berdepan dengan risiko kerugian dan didenda oleh pihak berkuasa.
Oleh itu, pemaju akan menetapkan bilangan pembeli yang berminat dan menetapkan lot tersebut sebagai Lot Bumiputera dan menggunakan diskaun dalam pembelian hartanah tersebut.

10.4 TANAH RIZAB MELAYU

Hartanah yang mempunyai status “Tanah Rizab Melayuadalah hartanah yang tidak boleh dipindah hak milik kepada Bukan Melayu dalam apa-apa jua keadaan. Tanah Rizab Melayu tidak sama dengan hartanahBumi Lot”. Pemilik bumiputera tidak dibenarkan menyewakan hartanah kepada bukan Melayu.
Selain itu, semua perniagaan yang dijalankan di atas Tanah Rizab Melayu mestilah dimiliki oleh orang Melayu dan syarikat yang diniagakan secara awam mestilah memiliki pemegang saham Melayu sahaja.
Seperti dalam hartanah pegangan berpajakan, persetujuan negeri diperlukan untuk pemindahan pemilikan. Majoriti bank tidak akan memberi pinjaman gadai janji kepada hartanah Tanah Rizab Melayu.




No comments:

Post a Comment